Get Updates!

Monday, April 18, 2011

- Tag 4 Perkhemahan -

Ini la design utk tag yang akan diapakai sepanjang perkhemahan KSF

Saturday, April 16, 2011

- Perkhemahan Pertama KSF -

Alhamdulillah..segala yang dirancang bakal dilaksanakan. Perancangan Perkhemahan Kelab Seni Foto buat pertama kalinya akan dilaksanakan pada 22 April - 24 April 2011 di Sungai Lembing. Nanti kan gambar Perkhemahan KSF. Dibawah merupakan tentatif untuk Perkhemahan KSF.


JUMAAT (22.4.2011) 
3.45 petang          : Berkumpul di SMKC.
4.00 petang          : Berangkat ke Sungai Lembing.
5.00 petang          : Pendaftaran di Tapis Resort.
5.30 petang          : Minum petang/Solat Asar.
6.00 petang          : Pembahagian Kumpulan & Fasilitator.
7.00-8.30 malam : Solat Magrib/Makan Malam/Solat Isyak.
8.45 malam          : MODUL 1 – Light Painting.
9.45 malam          : MODUL 2 – Low Lite.
11.00 malam        : Tidur.
 SABTU (23.4.2011)
 6.00 pagi           : Solat Subuh.
7.00 pagi            : Senamrobik.
7.45 pagi            : Sarapan Pagi.
8.30 pagi             : Bertolak ke Sungai Jin.
9.15 pagi             : Tiba di Sungai Jin.
9.30 pagi             : MODUL 3 – Slow Shutter Air Sungai
10.30 pagi           : MODUL 4 – Micro/Macro ( Flora & Fauna).
12.00 t/hari         : Makan Tengahari.
12.30 t/hari         : Aktiviti Kumpulan : Potraiture
2.00 petang         : Solat Zuhur / Aktiviti Bebas.
4.00 petang         : Bertolak pulang ke Tapis Resort.
5.00 petang         : Solat Asar/Minum Petang.
5.30 petang         : Persediaan untuk Presentation.
7.00 petang         : Solat Magrib / Solat Isyak.
9.00 malam         : BBQ & Presentation.
10.30 malam       : Tidur.

 AHAD (24.4.2011)
 5.30 pagi     : Bergerak ke Bukit Panorama.
6.15 pagi      : Solat Subuh.
7.00 pagi      : MODUL 5 – Sunrise Bukit Panorama.
8.30pagi       : Sarapan Pagi.
9.00 pagi      : Lawatan sekitar Sungai Lembing  - Muzium, Kawasan Mesin Biji Timah & Jambatan
    Gantung.
12.00 t/hari : Makan Tengahari.
1.00 petang : Berangkat pulang ke SMKC

- Vest | Tshirt | Souvenir by KSF -

Nanti kan gambar Vest, Tshirt dan juga Souvenir dr KSF !!!!

- Kelas Edit Gambar -

23 Mac 2011, Rabu - Pada hari ini, ahli KSF telah diajar cara untuk edit gambar menggunakan Coral Paintshop v3 oleh Abdul Syakir. Diharapkan ahli KSF dapat mempraktikkan ape yang telah diajar.

- Light Painting & Night Potraiture -

09 Mac 2011, Rabu - Pada hari ini, ahli KSF telah diajar untuk menangkap gambar Light Painting dan juga Night Potraiture. Untuk slot ini, mereka diajar oleh saudara Shazrul Edwan @ Awang.

 
 
 
 
 
 
 

- Kursus Asas Fotografi & Potraiture -

23 Februari 2011, Rabu - Pada perjumpaan kali ini, ahli kelab KSF didedahkan dengan kursus asas fotografi iaitu berkaitan ISO, SHUTTER SPEED dan APERTURE. Selain itu juga, mereka turut diajar cara untuk menangkap gambar potraiture. Photoshoot untuk gambar potraiture diadakan di sekitar kawasan sekolah








- Redah Kasi Pecah III -



04-06 Feb 2011, Jumaat-Ahad - Kelab Seni Foto telah menghantar seramai 7 orang ahli untuk menyertai Perkhemahan Fotografi @ dikenali sebagai Jamboree Fotografi yang dianjurkan oleh team Redah Kasi Pecah dengan kerjasama Jurufoto Kuantan, Kwanto, DSLR Kemaman, LUARBIASA dan REJIM. Sepanjang perkhemahan ini, banyak ilmu yang telah mereka perolehi. Antara yang diajar ialah tentang gambar Potraiture, Micro/macro, Light Painting, Landscape, CLS dan juga capture Sunrise. Antara gambar-gambar sekitar Perkhemahan Redah Kasi Pecah III.

 
 
 
 
  

- Kemas Blik KSF -

01 Feb 2011, Selasa - Pada hari ini, beberapa orang ahli kelab telah hadir ke sekolah untuk mengemas bilik KSF supaya menjadi lebih kemas dan tersusun. Proses mengemas bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 1.30 tengahari. Setelah penat mengemas, tibalah masa untuk makannnnn....













Saturday, January 29, 2011

- 1st Class -

19 Januari 2011 , Rabu - Hari ini ialah 1st class utk KSF. Aktiviti hari ini ialah mengemas bilik fotografi. Ahli KSF telah diberikan sebuah bilik sementara untuk dijadikan tempat berkumpul bagi ahli KSF. 

Setelah siap mengemas , aktiviti seterusnya ialah kerja kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk mencari nama dan mencipta logo yang bersesuaian dengan KSF. Apabila sudah selesai sesi mencari nama dan mencipta logo, pelajar ditunjukkan cara2 untuk menjadikan logo kumpulan sebagai 'watermark' bg gmbr2 yg akan mereka snap nnt..

Perjumpaan diakhiri dengan sesi memotong kek bagi meraikan penubuhan KSF SMKC 2011!!!












Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Printable Coupons